Menu
Balthasar Gérard BiografiGérard kelahiran Franche-Comté (sebelum ini milik Sepanyol sebelum dipindahkan kepada Perancis) daripada keluarga penganut Gereja Katolik.
Pada Mac 1580, Raja Felipe II menawarkan ganjaran sebanyak 25,000 kepingan emas kepada sesiapa yang berjaya membunuh William si Pendiam yang dianggap "perosak agama Kristian dan musuh umat manusia".[1]
Tanggal Ahad 8 Julai 1584, Gérard berkeliaran di pekarangan Prinsenhof. Seorang pengawal menanyakan keberadaannuya, lalu Gérard menipu kononnya dia tidak mampu berpakaian serba cantik untuk ke misa gereja berdekatan; pengawal tersebut percaya dan kasihan melihat keadaannya maka dia meminta dari William sendiri duit sebanyak 50 kepingan emas agar dapat membeli pakaian kononnya.[1] Keesokan harinya, Gérard tawar-menawar membeli dua pucuk pistol daripada seorang askar.[1]
Bekas das tembakan peluru yang masih kelihatan di Prinsenhof (Delft)Gérard menyorok di sebuah kawasan gelap berdekatan Prinsenhof lusa hari 10 Julai. William bersama seorang adindanya diperhatikan menyapa seorang askar pahlawan Walesl Gérard segera menembak William dua kali sebelum melarikan diri; WIlliam mati akibat luka dialami pada pangkuan adindanya sambil berkata pada nafas terakhir: Mon Dieu, ayez pitié de moi et de mon pauvre peuple (dalam Bahasa Perancis bermaksud: "Ya Tuhanku, kasihanilah aku dan rakyat papa aku").
Gérard dihukum mati atas jenayahnya membunuh ketua negara Belanda. Semasa dia ditahan, dia mengalami banyak penyeksaan hebat oleh para penahannya:
Dia dihukum mati pada 14 Julai 1584. Perintah dikeluarkan majistret mengarahkan seperti yang berikut:
Raja Felipe II mengurniakan tiga bidang tanah Lievremont, Hostal, and Dampmartin di Franche-Comté kepada keluarga Gerard atas "jasa"nya serta memberikan mereka pangkat bangsawan.
Menu
Balthasar Gérard BiografiBerkaitan
Balthasar GérardRujukan
WikiPedia: Balthasar Gérard http://www.gutenberg.org/etext/4836